AMALAN KLINIKAL


Dibahagian ini saya ingin mengenengahkan beberapa konsep, prosedur dan proses yang menjadi amalan yang lazim dipakai oleh semua pemberi khidmat klinikal samaada doktor, jururawat, jurupulih, kaunselor, dietitian dll. Amalan klinikal ini adalah seragam tetapi kadangkala terdapat perbezaan dari segi terminologi. Keseragaman dan perbezaan ini perlu difahami supaya para petugas dapat bekerjasama untuk memberikan penjagaan yang terbaik untuk pesakit.

Melalui siri artikel ini, saya ingin menganjurkan Konsep Penjagaan Pesakit Secara Menyeluruh dan seterusnya menghurai proses proses dalam aturan penjagaan pesakit termasuklah:

  1. Penilaian Pesakit Diperingkat Awal (Initial Assessment)
  2. Pemantauan, Semakan Kemajuan dan Kajisemula Keadaan Pesakit dan Pencapaian Rawatan (Monitoring, Progress Review & Evaluation)
  3. Rumusan Diagnosis (Driving Diagnosis)
  4. Plan Penjagaan (belum disiapkan)

Saya juga bercadang menulis topik untuk menerangkan amalan klinikal selain dari proses klinikal, Setakat ini saya baharu sahaja menyiapkan artikel mengenai Teknik Aseptik. Yang lain diharapnya akan menyusul.

Terdapat versi English untuk kesemua artikel ini yang boleh dicapai melalui Menu Utama.