PENGGUNAAN UJIAN UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT

Artikel ini masih dalam peringkat penyediaan.

Kepentingan Data Ujian

Selepas menemubual dan memeriksa pesakit diperingkat awal, maklumat mengenai pesakit dan masaalah kesihatannya ditokok dengan data dari sumber berikut:

  1. Ujian
  2. Pemantauan dan Pemerhatian
  3. Penilaian semula (ulangan temubual dan pemeriksaan)

Secara umum, tujuan mendapatkan maklumat lanjut dari ujian adalah:

  1. Menentukan atau mencerahkan diagnosis
  2. Mengenali profil pesakit denagn lebih jelas
  3. Memantau kemajuan masaalah/penyakit
  4. Memantau kesan rawatan yang telah diberi

Proses yang disebut sebagai penyiasatan (investigation)  merujuk hanya kepada aktiviti memenuhi tujuan pertama dan kedua.

Kegunaan Pelbagai Jenis Ujian

Secara umumnya, ujian memberikan data yang lebih objektif iaitu lebih tepat dan spesifik. Maklumat yang didapati boleh mendedahkan keadaan umum kesihatan pesakit atau perubahan spesifik yang disebabkan oleh penyakit yang dihidapi.  Ujian yang memberi maklumat spesifik digunakan untuk mencerahkan dan seterusnya merumuskan diagnosis, lalu dipanggil sebagai ujian diagnostik. Lazimnya, diagnosis menjadi lebih tepat jika keputusan hasil ujian mendedahkan perubahan pada morfologi (bentuk, saiz, kedalaman), dan patofisilogi (perubahan fungsi) akibat penyakit berkenaan.

Ujian juga menolong pemberi khidmat untuk memahami keadaan kesihatan (profil) pesakit termasuk masaalah kesihatan sediada dan kelaianan dari normal yang berlaku akibat penyakit yang dihadapi.

Bagi tujuan memantau perkembangan penyakit dan kesan rawatan, ujian diulangi supaya variasi morfologi dan fisiologi dapat dibandingkan  mengikut peredaran masa.  Keputusan kesemua ujian boleh digunakan sebagai kriteria untuk menentukan:

  1. Samaada penyakit bertambah baik atu lebih teruk
  2. Keberkesanan rawatan
  3. Berlakunya kesan sampingan akibat rawatan

Modaliti yang Digunakan Untuk Ujian

Pelbagai teknologi  (modaliti) yang digunakan untuk membuat ujian, termasuklah:

  1. Pemeriksaan Pengimejan
    1. X-ray Biasa
    2. X-ray dengan kontras
    3. Imbasan CT (ComputerisedTomography)
    4. Imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging)
    5.  Ultrasound dan Doppler Ultrasound
    6. Imbasan mengguna bahan radioaktif
  2. Ujian Makmal
    1. Biokimia
    2. Imunologi
    3. Mikrobiologi
    4. Hematologi
    5. Histopatholgi, Sitologi and Sitogenetik
  3. Pemeriksaan Endoskopi
  4. Ujian mengukur fungsi fisiologi

Ciri ciri Setiap Modaliti

Pemeriksaan Pengimejan

Pemeriksaan Pengimejan membolehkan pemberi khidmat klinikal untuk mengenalpasti perubahan pada morfologi kawasan anatomi dan anggota akibat penyakit dan dengan itu menentukan tempat dan jangkauan penyakit. Perubahan yang dikesan termasuknya variasi pada bentuk, saiz, lokasi atau rupabentuk yang luar biasa. Maklumat yang didapati mampu memberi petunjuk kearah anggota atau tisu yang terlibat dengan penyakit, penyebabnya, dan sejauh mana peyakit telah merebak. Sesetengah pemeriksaan boleh menunjukkan perubahan fungsi, contohnya fluroskopi, pemikrasaan kontras, ultrabunyi, Doppler ultrabunyi, angiograpi dan pemeriksaan radio-isotop.

Imej dan penemuan dari pemerikasaan pengimejan boleh digunakan untuk membandingkan keadaan mengikut peredaran masa terutama sebelum dan selepas rawatan.

Ujian Makmal

Ujian Biokimia

Ujian biokimia digunakan untuk tujuan menjejaki:

  1. perubahan pada sukatan sesuatu elemen (lebih atau kurang dari normal) menandakan terdapatnya kecelaruan fisiologi tubuh
  2. wujudnya bahan kimia yang luar biasa  (contoh penanda kanser, hasil metabolisma yang luar biasa)

Keputusan yang luar biasa boleh menunjukkan kadar perubahan aktiviti sesuatu organ atau sistem. Jika keputusan semua ujian awal diambilkira bersama gejala dan tanda, pemberi khidmat dapat merumus diagnosis awal atau sementara berbentuk sebuah sindrom. Diagnosis ini memberi panduan kepadanya memilih ujian sesuai yang perlu dilakukan selanjutnya.

Ujian Imunologi

Ujian immunologi mampu memberi keputusn yang spesifik kerana  ia berteraskan reaksi antibodi dan antigen. Dengan menggunakan antibodi sebagai bahan ujian ia dapat menunjukkan kehadiran sesuatu antigen penyebah penyakit. Begitu juga jika antigen digunakan ia dapat mengesan antibodi yang menandakan bahawa pesakit telah terdedah kepda antigen itu sebelumnya. Sesetengan ujian immunologi perlu diulang untuk melihat peningkatan sukatan (titre) yang menunjukkan penyakit sedang aktif atau berkembang. Imunoasai berguna untuk mengesan kehadiran agen penyebab penyakit atau hasil sampingan penyakit yang sangat kecil termasuklah keseluruhan sel organisma mikro atau sebahgian darinya, antibodi dan molekul protin lain yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindakbalas kepada penyakit tertentu.

Ujian Mikrobiologi dan Mikroskopi

Ujian Mikrobiologi digunakan untuk mengesan kehadiran organisama mikro and mengenalpasti jenisnya (bakteria, kulat dan virus) samaada dengan pengamatan melalui mikroskop atau dengan mengkultur organisma tersebut. Sesuatu organisma dikenali berdasarkan sifat sifatn tertentunya yang unik. Ujian begini boleh dibuat keatas bahan dari cecair badan atau tisu. Keputusan yang positif kerap kali bersifat diagnostik. Namun keputusan negatif tidak semestinya menunjukkan penyakit yang diandaikan tidak wujud kerana mengesan dan mengkultur organisma merupakan usaha yang agak sukar.   

Ujian Hematologi

Ujian hematologi dilakukan keatas darah, tulang sumsum atau cecair yang mengndungi darah. Ia boleh menunjukkan perubahan pada komposisi serta bentuk sel darah dan kehadiran sel luar biasa. Perubahan pada komposisi dan morfologi sel dapat memberi diagnosis berbentuk sindrom sperti anemia, polisitemia , agranulocitosis, neutropenia and pansitopenia. Ia membolehkan petugas klinikal untuk merumuskan senari kemungkinan diagnosis.  Kehadiran sel ynag tidak normal kerap kali  boleh memberi diagnosis yang tepat.

Pemeriksaan Histopatologi dan Sitologi

Ujian Histopatolgi dan Sitologi dilakukan keatas tisu atau sel yang biasanya diambil melalui biopsy atau dari oragn atau sebahagian organ yang dipotong semasa pembedahan. Tisu atau sel dibiarkan bereaksi dengan bahan kimia tertentu (pencelup atau penanda)  lalu diamati dibawah lens mikroskop. Diagnosis dibuat dengan memerhati perubahan pada struktur tisu, ciri ciri sel dan jarak merebaknya aktiviti luar biasa 

Ujian Sitogenetik

Pemeriksaan Endoskopi

Endoskopi ialah teknik melihat permukaan (mukosa / endotelium) organ-organ berongga samaada secara terus atau menggunakan kamera mini.  Ia membolehkan orang yang melakukannya  melihat apa jua perubahan yang ketara pada bentuk, kontur, tekstur dan perubahan morfologi lain. Pelbagai penyakit mampu memeberi gambaran yang unik untuk penyakit tertentu. Melalui endoskopi, biopsi boleh diambil untuk pemeriksaan Histopatologi and Sitologi yang mampu memberi diagnosis berkeyakinan tinggi.

Video atau foto boleh diambil ketika melakukan endoskopi dan boleh disimpan supaya boleh digunakan kemudian untuk membandingkan dengan penemuan terkini bagi tujuan pemantauan dan kaji semula.

Ujian Mengukur Fungsi Fisiologi

Pelbagai ujian telah dicipta untuk menunjukkan fungsi organ atau sistem fisiologi tertentu, termasuklah:

  1. Ujian Fungsi Pulmonari (Paru paru, pernafasan)
  2. Ujian Fungsi Jantung
  3. Ujian Neuromuskular (sistem saraf dan otot)
  4. Ujian Neurologi
  5. Ujian Pendengran (Audiometri)
  6. Ujian Pemandangan (Optometri)

Semua ujian ini bila diulang  berguna untuk menilai perkembangan keadaan kesihatan pesakit serta penyakitnya.

Ujian Pada Peringkat Penyiasatan Awal

Biasanya, pemberi khidmat klinikal  memohon ujian semasa atau selepas proses penilaian pesakit diperingkat awal sebagai penyisatan untuk tujuan:

  1. Mencerahkan diagnosis
  2. Mengenali profil pesakit denagn lebih jelas

Ujian ujian tersebut boleh digunakan untuk satu atau kedua tujuan.

Ujian untuk Menyerlahkan Diagnosis

Selepas penilaian pesakit diperingkat awal melalui temubual dan pemeriksaan fisikal, diagnosis yang dirumuskan lazimnya mempunyai ketepatan yang rendah ia-itu setakat rangkaian gejala atau sindrom. Namun, ia menjadi petunjuk kepada Senarai Kemungkinan Diagnosis yang kemudiannya digunakan untuk menentukan ujian yang sesuai untuk dilakukan untuk mendapat petunjuk kepada pemilihan diagnosis yang lebih tepat.

Biasanya ujian yang senang didapati, mudah dilakukan dan tidak mahal dilakukan dahulu dan kerap kali secara rutin. Sesetengahnya, boleh dilakukan ditempat kerja (wad, klinik) malah boleh dilakukan oleh doktor atau jururawat sebagai sebahagian dari prosedur standad. Selanjutnya, pemberi khidmat klinikal (biasanya doktor) akan memohon ujian yang lebih spesifik yang ditunjuk oleh data yang telah didapati.

Namun jika maklumat dari riwayat penyakit dan penemuan pemeriksaan fisikal menjurus kearah penyakit tertentu, ujian yang boleh menentukan keputusan yang diagnostik boleh terus dibuat. Sesungguhnya, bila perlu (terutama dalam keadaan kecemasan), tiada kemestian menunggu keputusan ujian umum (rutin) sebelum melakukan ujian yang susah jika ujian tersebut  boleh megenalpasti diagnosis dengan lebih cepat.

Ujian Yang Memberi Maklumat Tambahan Kepada Profil Pesakit

Keputusan ujian awal boleh melengkapkan profil kesihatan pesakit. Biasanya ujian asas dibuat secara rutin untuk tujuan ini, termasuklah untuk mengenali:

  1. kehadiran penyakit/masaalah kesihatan sediaada yang lazim dalam kalangan kumpulan demograpi atau sosial dimana pesakit berada
  2. kesan penyakit terkini keatas pelabagi sistem tubuh

Profil kesihatan  yang lebih lengkap ini membolehkan pemberi khidmat menjangka keperluan pesakit dan menawarkan penjagaan yang komprensif (menyeluruh).

Ujian Untuk Mengenalpasti Diagnosis

Biasanya, diagnosis menjadi lebih tepat selari dengan bertambahnya maklumat dari keputusan ujian yang dilakukan.  Bila keputusan ujian penyiasatan awal  memberi petunjuk kepada kemunkinan sesuatu diagnosis, ujian spesifik yang berkenaan pun dilakukan. Dengan itu, pihak pemberi khidmat klinikal  dapat menggunakan keputuusan ujian untuk merumuskan diagnosis pada tahap ketepatan yang  lebih tinggi. Pada fasa awal, data dari ujian ditokok kepada gejala dan tanda untuk membantu menyatakan diagnosis sebagai satu sindrom yang dikaitkan dengan sistem  anatomi dan fisologi atau pun sebab tertentu.  Ujian khusus membolehkan petugas klinikal menentukan penyakit spesifik sebagai diagnosis.

Ujian Diagnostik

Pada umumnya, Diagnosis pasti ialah diagnosis yang dirumuskan melalui maklumat yang kepastiannya meyakinkan. Maklumat sebegini boleh diperolehi dari:

  1. Keputusan penyiasatan melalui ujian diagnostik.
  2. Pendedahan atau akses yang lebih baik  melalui endoskopi, pemeriksaan selepas dibius atau ketika pembedahan dibuat
  3. Kehadiran gejala dan tanda, yang coraknya bertepatan dengan manifestasi sesuatu penyakit, selepas pemantauan dan semakan
  4. Tindakbalas positif terhadap rawatan

Ujian boleh memberikan data yang relevan dan tinggi tahap ketepatannya, sambil mencukupkan data untuk memenuhi kriteria untuk membuat diagnosis yang meyakinkan.

Terdapat  keadaan dimana diagnosis yang tepat dapat dirumuskan melalui ujian mudah tertentu.  Ini tercapai apabila keputusan ujian itu hanya terdapat jika pesakit menghidapi  penyakit tersebut.

Biasanya, ujian yang lebih kompleks yang memberikan keputusan yang unik dan sepadan dengan penyakit lalu membolehkan diagnosis yang tetap dapat ditentukan dengan yakin.  Namun dalam keadaan, lain kombinasi maklumat yang didapati  dari satu set data yang memenuhi kriteria untuk merumuskan diagnosis sesuatu penyakit.

Dengan itu, diagnosis selepas penyiasatan melalui ujian diagnostik boleh disebut sebagai ‘Diagnosis Pasti’ jika data yang didapati bertepatan dengan kriteria untuk membuat diagnosis penyakit berkenaan. Diagnosis boleh disebut sebagai Penyakit spesifik bila perkara berikut telah diketahui sejelas mungkin:

  1. Penyebab penyakit (patologi) samada kecederaan, keradangan (inflammation), jangkitan mikroorganisma tertentu, ketumbuhan/kanser, kecelaruan immulogi, ganguan psikologi dan pelbagai penyebab lain
  2. Bahagian tubuh, anggota, organ dan tisu terlibat
  3. Gred, keterukan dan tahap penularan
  4. Kesan kepada fungsi fisiologi keseluruhan atau sistem tertentu
  5. Kesan kepada keupayaan pesakit melakukan pelbagai aktiviti/fungsi
  6. Lain lain ciri yang berkenaan

Keputusan Positif dan Negatif

Sesuatu ujian dianggap berguna jika ia dapat menonjolkan sesuatu perubahan yang luar biasa yang cuba dikesani. Keputusan positif ialah terdpatnay kelebihan mahu pun kekurangan sukatan dari normal atau wujudnya sesuatu yang tidak normal. Keputusan ujian dikata negatif jika ia gagal menunjukkan keputusan yang dikehendaki atau benda yang dicari tidak dijumpai atau sukatan benda yang diukur adalah dalam linkungan normal. Keputusan negatif  boleh berlaku jika benda yang dicari atau disukat tersangat sedikit. Ia juga boleh berlaku jika kaedah ujian tidak dilakukan denagn betul. Kadangkala ujian perlu diulangi untuk menyingkirkan kesalahan pada sampel, pemprosesan dan pengukuran.

Sensitiviti

Ujian yang sensitif akan mengesan sesuatu perubahan pada kebanyakan kes dalam kalangan kes yang dijangkakan positif . Jika ujian tidak begitu sensitif ia akan gagal mengesan perubahan atau membedakan perubahan sukatan yang sebenarnya wujud dalam sesetengah kes. Namun, bila ujian yang sensitif digunakan, keputusan positif tidak semestinya bermakna pesakit mengalami penyakit yang hendak dikesan. Keputusan sebegini disebut sebagai “positif palsu”.

Spesifisiti

Untuk memberikan keputusan yang boleh dipakai untuk merumuskan diagnosis, ujian mestilah positif hanya bagi pesakit yang menghidapi penyakit itu. Ujian yang spesifik mempunya kemungkinan keputusan positif palsu yang rendah. Namun, sesetengah ujian mungkin positif pada kes yang tidak sepatutnya positif. Ini mungkin kerana ia mungkin mengesan benda yang agak serupa. Oleh itu, bagi sesetengah jenis penyakit ujian dilakukan dengan dua langkah. Suatu ujian sensitif tetapi kurang spesifik dibuat dahulu dan bagi kes yang berkeputusan yang positif, ujian lain yang lebih spesifik dilakukan.  Ujian awal berfungsi sebagai ujian saringan dan diagnosis dibuat hanya jika ujian kedua positif. Pun begitu, keputusan ujian yang kurang spesifik boleh diambilkira bersama data dari ujian atau sumber untuk merumuskan diagnosis.

Penggunaan Pelbagai Ujian untuk Menentukan Diagnosis

Ujian Biokemia 

For example Serum Amylase or Lipase is diagnostic of Acute pancreatitis, direct microscopy of a stained slide of pus may be diagnostic for Gonorrhea.

Imunoasai

Immunoassays are used to identify different proteins, hormones and antibodies in blood, urine or other body fluids. The test is based on the reaction of an antigen with an antibody. Antibodies together with suitable  markers are usually used as reagents to detect the protein or other molecules (analyte) present in the patient. In some instances, an antigen may also be used as the reagent.

If Monoclonal antibodies i.e. those that are specific to a particualr antigen looked for is used then the presence or abscence of the antigen is usually diagnostic.

PCR

Mikrobiologi

Pemeriksaan Pengimejan

Spontaneous pneumothorax is diagnosed based on a plain chest x-ray.

Endoskopi

Ujian Fungsi Fisiologi

Penggunaan Ujian Untuk Memantau, Menilaisemula, Menyemak Perkembangan dan Mengkajisemula

Pemantauan, semakan kemajuaan dan penilaian semula adalah sebahagian dari proses klinikal yang dilakukan dari bermulanya episod penjagaan pesakit hinggalah ia berakhir.  Kesemua aktiviti ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada:

  1. Perkembangan penyakit
  2. Pencapaian hasil rawatan
  3. Akibat / Kesan sampingan  pelbagai bentuk modaliti intervensi sama ada  untuk rawatan atau penyiasatan

Maklumat terkini dibandingkan dengan keadaan pada pertemuan pertama dan dari masa kesemasa. Oleh itu ujian ujian tertentu diulangi secara berkala dan ditunjukkan dalam bentuk graf atau jadual. Data dari pelbagai sistem yang mengutip data dapat dikumpul dalam Sistem Maklumat Klinikal untuk tujuan ini. Peredaran parameter yang diukur (naik-turun) dapat diperihati. Kekerapan ujian diulangi bergantung kepada:

  1. Berapa cepat perubahan ketara mungkin berlaku untuk parameter yang diukur
  2. Faedah kepada penjagaan kes diimbangi oleh penmabahan beban kerja dan kos

Ujian yang kompleks seperti Mikrobiologi, Hematologi, Pengimejan and endoskopi pun boleh diulangi pada tempoh yang terancang  atau bila ada keperluan. Ianya berguna untuk menilai semula perkembangan penyakit teutama hasil rawatan.  The findings can help the clinician in deciding to continue, change or cease treatment.

Ujian biokimia mudah kerapkali dilakukan setiap hari atau lebih dari sekali dalam sehari. Contohnya kadar gua dalam darah boleh dilakukan sebelum dan selepas makan bagi mengesan keberkesanan rawatan diabetes (menggunakan lucometer).

Pemeriksaan radiologi kerap diulang untuk mengesan perubahan morphologi dan fungsi. Pemeriksaan ultrabunyi (ultrasound)  sangat sesuai untuk digunakan untuk tujuan pemantauan dan semakan semula kerana ia agak senang dibuat, selamat  dan tidak mahal. X-ray biasa dan Imbasan CT juga digunakan untuk membandingkan keadaan sebelum dan selepas rawatan. Perhatian perlu diberi kepada pendedahan radioaktif yang meningkat secara kumulatif. Kemampuan untuk menyimpan imej dalam melalui Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Sistem Penstoran Imej (PACS) membolehkan imej terdahulu dikeluarkan untuk dibandingkan dengan imej terkini.

Video atau gambar yang diambil pada setiap pemeriksaan endoskopi juga  boleh dibandingkan  untuk mengesan kesembuhan atau penularan.

Terdapat teknologi kini untuk mengimbas gambar dari slaid histologi dan saitologi . Dengan itu perkembangan penyakit sebelum dan selepas rawatan boleh boleh dilakukan.

Kemana Hendak Dituju

%d bloggers like this: