Berakhirnya Satu Episod Politik Kebencian (3)

Pertelingkahan antara UMNO dan PAS sudah berdekad. Walaupun berasal dari kumpulan yang sama, percanggahan mengenai pendekatan dalam menegakkan ugama menyebabkan jurang yang dalam. Permusuhan in reda sedikit dari 1969 hinnga 1978 bila PAS bergabung dengan Parti Perikatan untuk menubuhkan Barisan Nasional (BN) untuk seketika.
Kemelut politik kebencian antara PAS dan UMNO ini menjadi lebih teruk mulai 1981 dengan tersebarnya dokumen “Amanat Haji Hadi”. Lembarannya bermula dengan frasa “Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, ….” dan ditengahnya “Perjuangan kita adalah jihad, ….” Dan selanjutnya ayat “… kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid…..” Saya sendiri melihat taksubnya ahli PAS terhadap amanat ini bila melihat poster amanat ini ditampal di dinding rumah saudara saudara saya di Paya Keladi dan Permatang Tinggi. Juga, terasa kesan perseturuan ini bila saudara saya tidak bersembahyang di surau 50 meter dari rumahnya dan sebaliknya bermotosikal ke surau lain.
Episod permusuhan ini tersangat lama, namun tanpa banyak riuh rendah, perubahan polisi besar berlaku bila PAS menyertai Gagasan Rakyat / Pakatan Alternatif dalam pilihanraya umum Malaysia 1990, lalu bekerjasama dengan DAP, PBS, dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Ia bersambung dengan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat mulai sekitar tahun 2008.
Kita faham perubahan besar ini berlaku kerana kesedaran bahawa untuk berkuasa PAS perlu bekerjasama dengan parti lain walupun tidak sepenuhnya sehaluan. Tapi langkah ini, membawa akibat buruk yang parah termasuk kehilangan maruah.
Namun berlalunya episod persahabatan PAS dengan DAP dan PKR, yang berakhir dengan perseteruan, memberi pengajaran kepada PAS. Hilanglah penyebab untuk memusuhi UMNO hanya kerana UMNO bekerjasama dengan parti bukan Islam dan membawa pendekatan yang dikatakan “sekular”. Poster amanat yang tertampal telah pun lama tanggal.
Lupus sudah amanat lampau walaupun tidak tersurat tetapi terasa sudah terpendam. Kenyataan “sedia bekerjasama dengan siapa saja” selepas pilihanraya boleh ditafsir ditujukan kepada UMNO. Besar kemungkinan, sudah ada kesediaan untuk bersetuju untuk berbeza pendapat. Dengan bermulanya gerakan ‘Penyatuan Ummah. saya kira politik kebencian antara PAS dengan UMNO sudah berakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s