Prinsip dan Amalan Teknik Aseptik

PENGENALAN

Teknik Aseptik ialah suatu kaedah untuk mewujudkan keadaan yang bebas dari pencemaran oleh organisma-mikro dengan menghindarkan kemasukan organisma tersebut kedalam medan steril dan mengekalkan steriliti peralatan semasa melakukan prosedur klinikal. Ia digandingkan dengan teknik antisepsis ia-itu mencuci permukaan badan pesakit dan tangan pelaku prosedur dengan antiseptik.

FAKTA ASAS MENGENAI MIKRO-ORGANISMA DAN JANGKITAN

Untuk memahami prinsip dan amalan kaedah ini beberapa fakta asas perlu di fahami; ia-itu:

  1. Organisma mikro, terutama bakteria, berada dimana sahaja. Walaupun tidak dilihat melalui mata kasar, kehadiran mereka perlu diyakini.
  2. Organisma mikro (bakteria, fungi, protozoa dan virus) boleh menyebabkan jangkitan.
  3. Organisma boleh dipindahkan dari tempat asalnya ke tubuh manusia dan masuk melalui saluran tertentu
  4. Jangkitan bergantung kepada:
    • Bilangan organisma
    • Betapa bisanya (virulence) organisma berkenaan
    • Terdapatnya keadaan yang meransang jagkitan ditubuh penerima
    • Pendedahan kepada jangkitan
    • Tahap pertahanan (imuniti, halangan) tubuh penerima

Kesemua faktor ini boleh dirumuskan seperti berikut:

Faktor Jangkitan
Faktor Penyebab Jangkitan

Organisma boleh dipindahkan atau tersebar dari suatu tempat ke tempat lain melalui:

  1. Udara
  2. Percikan ludah, hingus  kahak dan cecair badan lain
  3. Sentuhan

Bilangan organismsa boleh dikurangkan dengan menggunakan disinfektan atau dinyahkan semuanya menggunakan pelbagai cara pensterilan.

STRATEGI PENCEGAHAN JANGKITAN

Semasa melakukan prosedur klinikal, jangkitan boleh dicegah melalui pendekatan berikut:

  1. Mengurangkan bilangan organisma mikro di persekitaran ketahap minimum dengan memilihara kebersihan ruang dan perkakasan didalamnya.
  2. Menggunakan antiseptik untuk menyisehkan organisma mikro pada kulit dan selaput mukosa yang hendak ditembusi oleh tusukan atau hirisan.
  3. Mengurangkan bilangan organisma mikro pada tubuh pemberi khidmat terutama tangan dengan membasuh tangan, memakai sarong tangan steril dan menutup badan dengan gaun.
  4. Mensterilkan semua alat yang digunakan dan mengelakkan pencemaran semula melalui sentuhan diantara yang steril dengan yang tidak steril.

Semasa melakukan pembedahan, risko jangkitan boleh dielakkan  dengan mengurangkan faktor yang boleh meransang jangkitan iaitu:

  1. Mengurangkan kecederaan dan juga mengelakkan iskemia (sekatan aliran darah) pada tisu dengan mengguna alat diatermi dengan cermat dan tidak menjahit terlalu ketat.
  2. Mengurangkan ketulan darah beku yang tertinggal.
  3. Memendekkan jangka masa pengunaan kateter / tiub saliran.
  4. Mengoptimakan tahap pertahanan tubuh pesakit

Jika hanya satu faktor sahaja terlibat dan berlaku sekali sahaja, tahap pencemaran oleh organisma mikro mungkin rendah dan tidak memberi kesan buruk kerana mampu dicegah oleh pertahanan tubuh. Namun jika ianya berlaku berulangan, bilangan organisma mikro akan bertambah sehingga boleh mengakibatkan jangkitan.

Terjadinya jangkitan bergantung kepada jenis organisma mikro yang terlibat.

Faktor lain ialah tahap immuniti penerima. Pesakit yang kurang neutrofil (sel darah putih) atau mengalami imuniti yang terjejas, bayi, pesakit diabetes dan kurang zat juga terdedah kepada risiko jagkitan. Oleh itu, semua prosedur klinikal perlu dilakukan dengan menepati standad teknik aseptik.

PENGGUNAAN TEKNIK ASEPTIK

Teknik Aseptik wajib dipatuhi semasa melakukan prosedur invasif seperti:

  1. Prosedur yang melibatkan pencerobohan keatas saluran atau rongga yang biasanya bebas dari organisma-mikro termasuklah trakea, bronkus, uretera, pundi kencing, ureter, buah pinggang, rongga rahim, saliran CSF and rongga peritoneum. Contohnya termasuklah:
    • Memasukkan tiub saliran kencing,
    • Endoskopi
    • Memasukkan tiub saluran penafasan
    • Prosedur invasive endoskopi
    • Memasukkan tiub saliran intraperitoneal (Tenckhoff catheters)
  2. Bila saja kulit dan selaput mukosa ditembusi
    • Pembedahan
    • Memasukkan saluran intrvena dan arterial
    • Tusukan lumbar
    • Memasukkan kateter epidural
  3. Prosedur keatas luka kecederaan atau pembedahan
    • Mencuci, menyisehkan tisu tidak viable, menjahit dan membalut luka
    • Memeriksa semula luka
    • Membuka jahitan

Jika sesuatu rongga mempunyai bakteria sediada seperti hidung, telinga luar, tekak dan faraj atau luka yang sudah ada jangkitan , teknik aseptik masih perlu diikuti untuk mengelakkan kemasukan bakteria yang lebih berbisa (virulent) terutama yang hidup di persekitaran hospital seperti  spesi Staphlococcus aureus yang kebal, Pseudomonas aerogenosa, Klebsiella pneumonia, Acinetobacter and bakteria pengeluar enzim pelumpuh antibiotik beta-lactam spectra lebar (ESBL).

PRINSIP TEKNIK ASEPTIK

Kebersihan Tangan Petugas

Permukaan tangan petugas  klinikal mengandungi organisma mikro yang sediada atau pun dicemari oleh organisma dari persekitaran hospital. Oleh itu petugas berkemungkinan memindahkan organisma mikro    dari persekitaran, terutama dari pesakit lain, kepada pesakit yang dijaganya. Setiap petugas  wajib memastikan tangannya  sentiasa bersih dengan membasuh tangan sebelum dan selepas melakukan sebarang prosedur. Ini mengurangkan kemungkinan memindahkan oraganisma mikro dari suatu tempat termasuk anggota pesakit, permukaan atau perkakas ketempat lain. Namun pencucian tangan diwajibkan sebelum melakukan prosedur yang memerlukan teknik aseptik mengikut kaedah yang standad seperti berikut:

  1. Untuk cucian kali pertama ketika mula bertugas
    1.  berus kuku dan celah jari dengan berus lembut atau sponge sehingga bersih. Jika kuku dan jari bersih langkah ini tidak perlu.
    2. Kemudiant basahkan tanagan darihujung jari hingga ke siku dengan air.
    3. Sapukan (lomor) larutan antiseptik sebaiknya campuran detergen dengan Propyl alcohol serta Chlorohexidine atau Povidone iodine, ke kawasan yang sama.
    4. Ratakan dan gosok hingga berbuih dan biarkan seketika
    5. Bilas dengan air
    6. Ulang bebrapakali (3-4 kali),
    7. Seluruh proses dilakukan dalam  tempoh sekurangkurangnya 5 minit
  1. Untuk cucian ulangan selepas cucian pertama
    1. Tidak perlu untuk memeberus kuku dan jari walaupun untk melakukan pembedahan (kecuali tangan tersangat kotor)
    2. Basuh dengan air serta detergen bercampur antiseptik 2-3 kali dalam tempoh 2-3 minit
    3. Untuk melakukan prosedur yang tidak invasif dan intensif, cukuplah mencuci tangan dengan menggosok dengan larutan alkohol ethyl/propyl 60%.

Petugas yang membantu melakukan prosedur klinikal (di luar medan steril) pun perlu mencuci tangan. Jika perlu menyentuh benda atau peralatan yang tercemar ia perlu memakai sarong tangan tidak steril sebagi pelindung.

Memakai Sarung Tangan Steril

Membasuh tangan sahaja membuatkan tangan bersih tetapi tidak menjadikannya steril. Memakai sarung tangan steril membolehkan permukaan tangan dilapik dengan bahan yang steril. Dengan itu tangan boleh digunakan untuk menyentuh serta memegang benda yang steril tanpa mencemarkannya.  Namun mencuci tangan masih penting kerana sarung tangan kerap kali bocor sama ada dari asal pembikinannya atau pun tertusuk atau koyak semasa digunakan. Jika keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya tangan masih bersih.

Sarung tangan walaupun asalnya steril agak mudah dicemari melainkan pemakainya sentiasa berhati-hati. Tindakkan yang perlu diikuti termasuk:

  1.  Sarung tangan steril mempunyai sampul luar yang melidungi kelonsong dalam yang steril. Jika melakukan tugas bersendirian, buka sepenuhnya sampul ini dahulu diatas permukaan yang rata dan mencukupi besarnya sebelum mencuci tangan. Jika ada pembantu, ia perlu memasukkan kelonsong dalaman tersebut kedalam medan steril.

    Open Glove Packet
    Cara Mumbuka Bungkusan Sarung Tangan
  2. Apabila kelonsong dibuka sepenuhnya, bahagian pergelangan (pangkal) sarung sedia terlipat dengan keadaan bahagian dalamnya dibalikkan keluar. Untuk memakai sarung, gunakan jari telujuk dan ibu jari sebelah tangan (biasanya sebelah kanan) untuk memegang bahagian dalam pangkal sarung yang hendak dipakaikan pada tangan yang bertentangan (biasanya sebelah kiri)

    Put on First Glove
    Cara Memakai Sarung Pertama
  3. Masukkan jari dan tapak tangan yang hendak dipakaikan sarung (biasanya kiri) sambil menarik kuat pergelangan sarung dengan jari telujuk dan ibu jari yang bertentangan (kanan) tadi. Biarkan pergelangan itu dalam keadaan berlipat. Bahagian yang disentuh dengan jari tadi dianggap tidak lagi steril tetapi bahagian hujung yang tidak disentuh masih steril.
  4. Masukan empat jari (kecuali ibu jari) tangan yang telah disarungkan (kanan) ke celah lipatan pergelangan sarung yang satu lagi (kiri). Bengkokkan jari dan pegang sarung tersebut diudara.

    Put on Second Glove
    Cara Memakai Sarung Kedua
  5. Masukkan tangan yang belum disarung kedalam sarung tangan itu. Cekau dan tarik pergelangannya dengan kuat. Lepaskan cekauan supaya pangkal sarung terletak di atas pergelangan tangan.
  6. Buka lipatan dan terbalikkan pangkal sarung itu.
  7. Selepas kedua sarung telah terpakai, kutil bahagian hujung sarung yang pertama (kanan) yang masih terlipat dan tarik hingga tertutup sepenuhnya. Kemudian, elokkkan keadaan sarung supaya sendat pada jari dan meliputi semua bahagian tangan hingga ke pergelangan tangan.
  8. Bila sarung telah dipakai elakkan dari menyentuh apa jua benda dan permukaan yang tidak steril.  Sentiasa beringat bahawa kulit pesakit (walaupun telah dicuci tidak steril).
  9. Jika sarung berlubang, koyak atau tercemar, gantikannya segera.

Teknik Tidak Menyentuh

Organisma mikro terutama bakteria berada dimerata tempat dipersekitaran termasuk diudara. Kehadirannya diudara dipersekitaran fasiliti perkhidmatan kesihatan bergantung kepada:

  1. kebersihan bilik dan perkakasan didalamnya
  2. penapisan udara
  3. pertukaran udara (udara lama dengan udara segar)
  4. pergerakan udara (dari tempat yang bersih ketempat kotor atau sebaliknya)

Fakta mengenai kehadiran organisma mikro diudara telah dikaji oleh Louis Pasteur 1887 Ref: https://ms.wikipedia.org/wiki/Louis_Pasteur

Di persekitaran klinikal kepekatan (bilangan) organisama didalam udara tersangat rendah. Ini adalah kerana udara yang masuk kekawasa klinikal ditapis dan dialirkan supaya sentiasa berganti. Oleh itu, pendedahan barangan kepada udara dalam masa singakat tidak dianggap sebagi pencemaran dan barangan tersebut tidak dianggap kesterilannya telah hilang.

Sebaliknya, sentuhan dengan sebarang objek lain yang tidak steril menjadikan peralatan steril menjadi tidak steril lagi. Dengan itu, pendekatan yang paling berkesan untuk mengekalkan steriliti ialah ‘teknik tidak menyentuh’.  Asas kaedah ini ialah penciptaan proses kerja  yang memastikan benda yang steril atau telah disucikan tidak  bersentuhan dengan  sebarang benda yang tidak steril. Ianya tercapai denan mengkaji keaadaan dan langkah (semasa membuat kerja) yang mungkin menyebabkan pencemaran melalui sentuhan dan menghindarkannya dari berlaku.

Mengurangkan Bilangan Organisma Mikro Pada Tubuh Pesakit

Kulit pesakit didiami oleh bakteria sedia ada atau asal. Kepesatan bilangan bakteria bergantung kepada bahagian tubuh berkenaan. Secara umum bakteria yang lumrah ialah Staphylococus epidermidis tetapi di bahagian punggung kerapkali terdapat spesis Escherichia coli. Penghuni tetap ini tidak merbahaya ketika dipermukaan tetapi boleh mengakibatkan penyakit serius jika masuk kesaluran darah dan melaluinya ketempat yang jauh seperti injab jantung, laluan air kencing, sistem aliran biliari, paru-paru atau otak. Sebaik sahaja seseorang dimasukkan kehospital, kulit mereka dihinggapi dan didiami oleh bakteria dari persekitaran hospital seperti spesis Staphylococcus aureus yang kahar. Kulit pesakit tidak boleh disterilkan. Namun bilangan bakteria boleh dikurangkan denagan menggunakan antiseptik seperti Povidone iodine, Alkohol 70% , Chlorhexidene 1:200 atau ramuan campuran kimia tersebut.

Ketika membuat prosedur invasif, peralatan akan terkena atau menembusi permukaan tubuh pesakit ia-itu samada kulit atau selaput mukosa. Kulit pesakit didiami oleh bakteria dan fungi sediada (contohnya Staphylococus epidermidis), yang asalnya tidak berbahaya tetapi boleh meyebabkan jangkitan melalui saluran darah ke organ lain seperti injab jantung, saliran air kencing, saluran biliari, paru paru atau otak. Kulit, hidung dan tekak pesakit yang menginap dihospital akan di dihinggapi oleh bakteria dari persekitaran hospital dengan kadar yang agak cepat. Sesestengah bakteria ini seperti Staphylococcus aureus adalah dari jenis yang lebih berbisa dan kebal dari yang berasal dikomuniti.

Pensucian Permukaan Kulit & Mukosa Sebelum Melakukan Prosedur

Kulit pesakit tidak boleh disterilkan tetapi bilangan bakteria boleh dikurangkan dengan menggunakan antiseptik seperti Povidone iodine, alkohol 70%, Chlorhexidene 1:200 atau campuran bahan kimia ini.

Permukaan lain seperti selaput mukosa mulut, tekak, hidung, faraj didiami oleh kumpulan bakteria tersendiri; jadi antiseptik yang sesuai perlu digunakan.

Mewujudkan Medan Steril

Semasa melakukan sebarang prosedur, satu kawasan khas yang dipanggil “medan steril” perlu diwujudkan. Ia bertujuan untuk mengelakkan perlatan steril dicemari oleh organisma mikro melalui sentuhan dengan benda lain yang tidak steril seperti:

  1. tubuh pesakit
  2. badan petugas
  3. alatan tidak steril
  4. perkakasan
  5. cecair badan

Keluasan medan seteril hendaklah cukup untuk meletakkan semua perlatan yang perlu diatas permukaannya dan memberi ruang untuk petugas melakukan tugasnya. Medan steril diadakan dengan dua cara utama:

  1. melapik permukaan troli dengan fabrik atau kertas steril
  2. mengalas badan dan tempat baringan pesakit dengan kain atau fabrik sintetik steril
Medan Steril
Medan Steril

(Gambar dari http://www.usask.ca/wcvm/vsac205/Lab5/lab/lab5_1.3.1.4_sterile_field.php)

Drape
Menutup Tubuh Pesakit dengan Alas Steril Kecuali Kawasan yang Perlu  Didedahkan
(Gambar dari Invenio HealthCare)

Mengikut kebiasaan, satu set steril dibuka sepenuhnya supaya pembungkus bahagian dalam melingkupi keseluruhan troli dan menjadi permukaan untuk bekerja. Perlatan steril tidak dibiarkan terjulur keluar dari medan steril. Hanya barang steril yang perlu sahaja boleh dimasukkan kedalam medan tersebut dan benda yang tidak steril perlu dihindarkan dari memasuki atau mendekatinya.

Pencemaran medan steril akan menyebabkan peralatan didalamnya menjadi tidak steril. Jika petugas memakai gaun steril, tubuhnya boleh menyentuh permukaan medan steril, tetapi jika ia memakai sarung tangan sahaja, ia tidak dibenarkan berbuat demikian.

Menggunaan Peralatan Dan Bahan Lain Yang Steril

Semua peralatan yang digunakan semasa melakukan prosedur invasif perlu bebas dari organisma mikro. Pensterilan menghapuskan semua jenis organisma mikro termasuk spora.

Peralatan dan bahan pakai buang lain, yang dibeli dari pembekal, sudah disterilkan dengan menggunakan gas Ethylene oxide atau atau Radiasi Gamma dan diletakkan dalam bungkusan steril.

Peralatan yang dipakai semula disterilkan dengan wap bersuhu tinggi (autoklaf) atau bahan kimia (Ethylene oxide etc.) di Unit Pensterilan Hospital. Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk bahan pakai buang yang belum steril seperti kain pembalut.

Sesetengah peralatan seperti endoskop terbuat dari bahan yang tidak boleh terdedah kepada suhu tinggi. Kaedah pensterilan dengan suhu rendah seperti kaedah pensterilan plasma (contohnya SterradTM) atau menggunakan disinfektan tahap tinggi dengan larutan kimia disinfektan seperti Glutaraldehyde (CidexTM), Gigasept and Peracetic acid.

Pensuciaan

Pensucian tahap tinggi menhilangkan semua bakteria dan virus and sebahagian besar spor (kecuali sesetengah bakteria seperti Mycobacterium tuberculosis). Untuk kaedah ini perlatan direndam dalam larutan disinfektan tahap tinggi sebelum sahaja prosedur dilakukan dan bukan sehari atau lebih. Biasanya pensucian tahap tinggi digunakan untuk endoskop termasuklah bronkoskop, sistoskop, ureteroskop, and histeroskop.

Pensterilan endoskop boleh juga dilakukan dengan kaedah penstrilan suhu rendah. Cara ini membolehkan alat dibungkus dan sterilitinya dikekalkan. Kalau kaedah ini dipakai beberapa endoskop diperlukan. Rujukan:

CDC Guideline and CSAO Guideline.

Mengekalkan Kesucian Medan Steril

Jika medan steril tercemar segala peralatan didalamnya juka akan tercemar. Jika petugas hanya memakai sarung tangan steril tetapi tidak memakai gaun steril, tubuhnya tidak boleh menyentuh sempadan medan steril. Sebaliknya, jika gaun steril dipakai,  bahagian tubuh yang ditutup dibenarkan menyentuh medan steril. Pastikan perlatan steril tidak terkeluar melampaui medan steril dan barang yang tidak steril tidak memasuki medan steril.

Teknik tidak menyentuh memastikan peralatan dan perkasan lain kekal steril semasa prosedur dijalankan. Bila membuka sampul atau bungkusan petugas mestilah memastikan permukaan dalamnya tidak disentuh.

Hasil carian imej untuk sterile packaging
Membuka Bungkusan Steril Tanpa Menyentuh Barang Didalam

Pindahkan barang didalamnya dengan menjatuhkannya kedalam medan steril atau dengan mengambilnya dengan tangan yang memekai sarung tangan steril atau alat penyepit yang steril tanpa meneyentuh bahagian luar pembungkus yang tidak steril. Untuk tujuan ini sesetengah barang dibungkus berganda supaya bungkusan didalam steril keseluruhanya.

Double Packaging
Pembungkusan Berganda

Selepas dipaindahkan kesemua peralatan dan bahan steril lain  sepatutnya kekal didalam medan steril. Peralatan yang tercemar perlu diasingkan atau dukeluarkan dari medan steril.

Jika peralatn tidak steril perlu digunakan didalam medan steril, sarung steril kain atu plastik lut sinar perlu digunakan untuk menutupnya  (prob ultrasound, mikroskop, tumbul atau swic alatan elektronik).

Memastikan Peralatan Steril Tidak Tercemar Semasa Diangkut Dan Disimpan 

Kesterilan barangan yang steril dikekalkan dengan membungkus dalam sampul, pembungkus atau bekas tertutup. Ia kekal steril jika:

  1. bungkusan itu tidak terbuka atau pecah
  2. ia dibuka dengan betul dan dimasukkan kedalam kawasan steril sebelum digunakan
  3. selepas bungkusan atau set dibuka perlaan sentiasa berada didalam medan steril
  4. diawas supaya tidak tercemar semasa digunakan

Semasa diangkut atau disimpan kesterilan boleh hilang jika:

  1. bungkusan itu koyak atau bocor
  2. telah diresapi cecair
  3. bungkusan atau bekas terbuka dengan tidak sengaja

Barangan tersebut tidak boleh digunakan. Ia perlu disterilkan semula.

Semasa diangkut, barangan perlu diletak dalam kotak bertutup dan troli khas digunakan. Tempat simpanan perlu disimapan bersih, tidak digangu serangga atau tikus dan jauh dari tempiasan air.

Memastikan Larutan Antiseptik Sentiasa Bebas dari Organisma Mikro

Kepekatan cecair antiseptik mestilah mencukupi untuk membunuh kuman dan tidak dicairkan sehingga tidak lagi berkesan (misalnya cecair Chlorohexidine 1: 2000 terlalu cair dan tidak berkesan). Tarikh luput larutan perlu  tertera pada bekasnya. ‘Ujian (C&S) semasa diguna’  perlu dibuat dari masa kesemasa.

Jika larutan (seperti bahan pelincir, povidone iodine) boleh diletakan dalam bekas kecil yang steril ia perlu disampulkan didalam sampul krdua yang luarnya tidak steril. Jika tidak, cecair perlu dilepaskan secara terus dari bekasnya tanpa meleleh, kerana bahagian luar bekas tersebut tidak steril.

AMALAN TEKNIK ASEPTIK PADA PELBAGAI SITUASI

Teknik aseptik digunapakai untuk melakukan pelbagai prosedur dalam berbagai keadaan. Dengan itu, ia boleh diubahsuai selagi segala prinsip asas dituruti.

Prosedur Ketika Melakukan Prosedur Bersendirian

Bila melekukan sesuatu prosedur bersendirian, petugas perlu melakukan proses yang tidak memerlukan tangan yang steril dahulu sebelum memakai sarung tangan steril. Contohnya, ketika menyediakan set serta peralatan untuk melakukan prosedur, arahan kerja berikut perlu diikuti:

  1. Buka set untuk mewujudkan medan steril,
  2. Letakkan perlatan dan larutan yang perlu kedalamnya.
  3. Buka sampul luar sarong tangan steril sepenuhnya sebelum membasuh tangan.

Jika satu tangan diperlukan untuk meyentuh benda atau permukaan yang  tidak steril tentukan tangan yang akan tercemar dan pastikan sebelah tangan yang hendak digunakan untuk melakukan prosedur steril sentiasa kekal steril. Situasi dimana keadah ini lazim digunakan termasuklah:

  1. Menaruh tiub saliran air kencing
  2. Menyedut saluran trakea yang dipasang trakesostomi
  3. Memasing dan menanggalkan sambungan tiub aliran intravena

Memasang Tiub Saliran Air Kencing  

Memasukkan tiub ke pundi kencing melalui saluran urethra perlu dibuat mengikut kaedah berikut:

  1. Cuci tangan dan keringkan
  2. Buka set steril untuk tujuan ini untuk mewujudkan medan steril
  3. Masukkan larutan antiseptik (chlrohexidine atau cetrimide)
  4. Masukkan kateter sterile  kedalam medan steril
  5. Pakai sarung tangan steril
  6. Cucu keseluruhan faraj atau zakar dengan larutan antiseptik
  7. Letakkan kain steril didepan faraj atau bawah zakar
  8. Pisahkan labia minora atau locehkan kulit zakar dengan tangan yang tidak dominan (biasanya kiri)
  9. Cuci pembukaan urethra dengan swab kapas dicelup dalam antiseptik
  10. Dengan tangan kanan, gunakan penyepit untuk memegang bahagian hujung kateter dan masukkan hujung kateter kedalam saluran urethra hingga air kencing keluar
  11. Kalau tiada air kencing keluar tekan bahagian supra-pubik sehingga kencing keluar.
  12. Gelembungkan belon kateter dengan memasukkan 5-10 ml air steril
  13. Bukakan bungkusan set saliran dan beg untuk mengumpul air kencing.
  14. Pegang tiub saliran sambil memastikan hujungnya kekal steril
  15. Pegang bahagian penghujung luar kateter, masukkan penghujung tiub saliran dengan kaedah tidak menyentuh dan ketatkan
  16. Gantungkan beg penadah kencing dengan alat penggantung atau tali.

Melakukan Sedutan Larynx Kepada Pesakit Dipasang Trakeostomi 

Pegang bahagian tiub kateter  gahagian yang tidak steril dengan tangan kiri dan bahagian hujung yang steril dengan tangan kanan.

Menyedut trakeostomi
Kaedah Meyedut Trakeostomi

Membuka dan Memasang Semula  Kanula Intravena/Arteri Yang Sedia Terpasang

Pencemaran kanula dan tiub yang dimasukkan kedalam saluran darah boleh menyebabkan sepsis pembiakan bakteria padanya dan jangkitan yang menular kedalam darah pesakit. Kejadian ini boleh dikurangkan jika kanula dibiar dalam saluran darah untuk tempoh yang singkat ( > 48 jam). Penggunaan saluran intravena sentral (central lines), saluran vena femoral dan saluran arteri dan vena umbilical menempah risiko lebih tinggi berlakunya sepsis sistemik atau jankitan pada organ lain. In neonates, a possible distressing complication is septic arthritis and osteomyelitis at the metaphyses.

Sambungannya berbentuk “Luer lock” atau biasa. Sambungan Luer lock mempunyai bentuk dimana hujung tiub saliran merupakan penyambung “jantan” dan pangkal kanula berbentuk “betina”. Terdapat pengadang di hujung tube supaya ia kekal steril.

Enf of IV Drip tube.png
Hujung Tiub Aliran IV dan Kanula Yang  Dibuka/sambung

Semasa membuka dan menyambung Tiub aliran IV ke kanula, perhatin perlu diberi supaya penghujung tiub dan bahagian dalam kanula intravena kekal steril. Ia boleh dibuat dengan dua cara:

  1. Memberikannya kepada petugas kedua supaya memegang tiub pada bahagian tidak jauh dari penghujung itu (pesakit yang faham tentang proses ini boleh diberi tugas ini)
  2. Dengan menggantungkan tiub di penyakut drip tanpa membiarkannya menyentuh apa apa.Tutup kanula dengan siring atau penutup (stopper).

Letakkan stopper atau jarum bertutup (yang berfungsi sebagai stopper) pada hujung tiub aliran pada Leur Lock.

Stoppers
Pentup Hujung Tiub dan Pangkal Kanula (Stopper)
Use of Stppers
Penggunaan Stopper atau Jarum Untuk Menutup Hujung Tiub Aliran

Untuk menyambung semula, buang spigot atau jarum bertutup (yang berfunsi sebagai spigot) dari hujung tiub aliran. Kemudian pegang pangkal kanula denagn kemas dan pusing semula sambungan Leur Lock pada penghujung tiub kedalam pangkal kanula.

Sebenarnya, adalah agak sukar untuk menhindarkan pencemaran ketika melakukan prosedur ini jika dibuat oleh seorang petugas sahaja. Hasilnya adalah lebih baik jika ia dilakukan oleh dua orang petugas.

Melakukan Prosedur  Dengan Bantuan Petugas Lain

Untuk mengekalkan asepsis, kebanyakan proedur memerlukan pembabitan dua petugas: seorang atau lebih untuk melakukan prosedur didalam medan steril dan seorang pembantu untuk melakukan proses diluar medan steril.

Amalan teknik aseptik untuk keadaan berkaitan dibincangkan  dibawah.

Surgery – Minor and Major (operative team and circulating nurse)

(Lihat  juga nota dari University of Saskatchewan, Kanada)

Endoscopic therapeutic procedures (performer and assistant)

Endotracheal Intubation with an ET tube

The former performs direct laryngoscopy with a laryngoscope and identifies the glottis opening. The assistant should open the sterile pack of the ETT fully. The performer picks the external end of the tube and inserts the internal end directly into the trachea without touching structures in the mouth and throat (nor should he/she bend the tube on the bare OT table!). If for any reason the ETT tube need to be put down, place it back onto the sterile package looked after by the assistant.

Memasukkan Saluran Intravena Sentral (pelaku dan pembantu)

The assistant introduces the IV cannula and all connecting tubes into the sterile field. Before the performer has inserted the cannula, he/she passes the end of the intravenous tubing (used to puncture the IV solution bag) to the assistant. The assistant connects the tubing to the bag and the fluid is run in to prime the line. The other end remains sterile in the sterile field and the performer then connects it to the intravenous cannula that has been inserted.

Inserting Chest Drains, Peritoneal Dialysis Catheter  and Urinary Catheter

The assistant places all tubes and containers into the sterile field using a non-touch technique. The person inserting the tube should secure the connections before passing the containers (underwater seal bottles / urine containers / dialysate bags) to the assistant. Problems arise when the sterile catheter or tubes need to be connected to connectors outside of the sterile zone. In that situation the sterile (female) end is passed over to the assistant who will then connect it to the (male) connecter which has been kept sterile.

Menyedut Lendir  Trakea-Bronkial  pada Pesakit Yang Disampung Ke Mesin Pernafasan Melalui Tiub ETT atau Trakeostomi

Dalam situasi ini teknik aseptik memerlukan dua petugas. Seorang petugas membuka dan menyambung semula  tiub sambungan dari mesin ke ETT/Trakeostomi sambil menyambungnya ke Ambu dari masa kemasa.

Petugas yang seorang lagi yang melakukan sedutan memakai sarung tangan sambil memastikan tangan dan tiub penyedut kekal steril.

Tiub Penyedut
Bahagian Tiub Steril dan Tidak Steril
Kaedah Menyedut Tiub Intratrakeal
Kaedah Menyedut Tiub Intratracheal

When Delivering Babies

The risk of puerperal sepsis is always present (as was at the time of Semmelweis 1847 Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Semmelweis). Normal spontaneous delivery may be performed by one obstetrician or midwife but for instrumental delivery (vacuum extraction or forceps) at least two persons is required. The instrument pack when opened should cover a whole trolley and more. The skin of the perineum and groin need to be cleaned with Cetrimide 3% or Chlrohexidine aqueous 1:200. Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Cetrimide. The obstetrician should wear a sterile gown. He/she need to drape the patient with sterile sheets exposing only the perineum and the introitus.

Managing the baby (resuscitation and so on) should be a  separate procedure from the delivery itself.

Performing Wound Toilet & Dressing.

It is customary to name the two parties as clean nurse and dirty nurse. Perhaps it is better to call them inside nurse and outside nurse i.e. in and out with regards the sterile field.

The outside nurse opens the outer covering of the dressing set.

The inside nurse washes her hand and wears a pair of sterile gloves. She opens the inside layer of wrapper using her hands or the forceps provided.

The outside nurse now drops gauze pieces, cotton swabs, syringe and scissors into the sterile field created and after which she pours lotions into the galley pots. She then proceeds to remove the existing outer dressing on the wound.

The inside nurse should remove dressings within the wound with a pair of sterile forceps which she then passes outside. She then cleans the skin around the wound with 70% Alcohol or Chlorohexidine. The edge and base of the wound is cleaned with Chlorohexidine 1:200 solution. If MRSA is present Povidone iodine should be used and if it is Pseudomonas, it is customary to use Acetic acid. Sodium hypochlorite and hydrogen peroxide can be used for obviously infected wounds. The wound is flushed thoroughly with sterile saline or water using a syringe.

At the early stage of wound care gauze soaked in suitable antiseptic mentioned earlier or proprietary wound filler impregnated with antiseptic can be left inside the wound. Dry gauze or proprietary dressing is used for the external dressing and fixed with any type of plaster or a transparent dressing cover can be used.

When the wound is rid of infection then gauze moistened with saline or plain proprietary dressing is used. Otherwise, no gauze is placed in the wound but a roof of foam dressing or adhesive plastic is placed over the wound and left untouched for two or more days.

Managing traumatic and surgical wounds

Where a site already has resident bacteria (i.e. nose, external ear, throat, vagina), or is an infected wound; it is also important to follow (albeit a less strict) aseptic technique in order to prevent the introduction of other more virulent organisms especially the usual hospital resident species such as Multiresistant Staphlococcus aureus, Pseudomonas aerogenosa, Klebsiella pneumonia, Acinetobacter and Extended spectrum beta-lactamase producing organisms (ESBL)

Penggunaan Spekulum & Endoskop pada Rongga Badan yang Jangkat

Rongga badan seperti mulut, hidung, tekak, faraj dan dubur mengandungi bakteria namun alat yang dimasukkan kedalamnya untuk tujuan pemerhatian perlu dicuci tetapi tidak semestinya disterilkan. Pencucuan boleh dibuat dengan disinfektan seperti  glutaraldehyde [CidexTM], 70% Alcohol, Gigasept, Peracetic acid, Formaldehyde, Trigene, Sodium hypochlorite. Selepas dicuci, alatan tersebut  perlu disimpan ditempat  yang bersih dan dielakkan dari tercemar seperti tersentuh dengan tangan yang tidak dibasu atau permukaan yang kotor.

RUMUSAN

Amalan teknik aseptik memerlukan pemahaman tentang prinsip yang berkenaan, pematuhan kepada prosedur yang betul, keperluan yang sesuai serata mencukupi, dan persekitaran yang sesuai.  Teknik yang betul memerlukan penumpuan, sikap berjagajaga, keperhatinan dan penyeliaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s